top of page

Self-Directed Search (SDS)

Alat ukuranSelf-Directed Search(SDS) telah dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran ini mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Inventori ini mengandungi 6 sub-skala pengukuran iaituRealistic (R), Investigative (I), Artistic (A), Social (S), Enterprising (E),dan Conventional (C).

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Kebolehpercayaan dan kesahan bagi ujian ini dalam budaya asalnya (Amerika) didapati tinggi.Holland (1971) telah mengemukakan data yang menunjukkan tiap-tiap skala SDS adalah konsisten (kadar keofisien daripada Kuder Richardson formula 20 adalah daripada 63 hingga 87 dantertumpu pada 70). Penilaian yang berbeza ke atas dimensi yang sama, seperti aktiviti dan kecekapan dalam jenis realistik menunjukkan korelasi yang positif. O’Conell dan Sedlecek (1972) melaporkan satu kepercayaan daripada satu ujian yang diulangi semula yang mempunyai kofisien0.92 bagi jangka waktu tujuh bulan. Sementara kesahan terjemahan dan adaptasi yang diperoleh (Amla Salleh, 1984) adalah tinggi, iaitu 0.80.

Contact

Kenalan: Cikgu Irfan

​​

Tel: 123-456-7890

Fax: 123-456-7890

info: 

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

© 2023 by Cikgu Irfan

Terima Kasih kerana Luangkan masa!

bottom of page