
personaliti dan kerjaya



- Untuk orang yang berpesonaliti realistik atau dalam bahasa mudahnya bersifat 'nyata', individu ni cenderung dengan aktiviti yang bersifat jelas dan teratur atau mereka mungkin gemar dengan manipulasi objek, alat, mesin, dan haiwan secara sistematik. Berpesonaliti realistic juga membawa maksud orang tu berminat dengan masalah yang lebih berteraskan konkrit dan bukannya abstrak, selain kurang bersosial, malah individu ini cenderung untuk menolak aktiviti yang berunsur pendidikan atau terapeutik. Individu yang realistik jugak dikatakan seorang yang berterus terang, berpendirian tetap, materialistik dan keras hati. Mereka juga dapat melihat diri sebagai mempunyai kebolehan teknikal, mekanikal, binaan dan kesukanan. Selain itu, kalau korang lebih menggemari aktiviti yang praktikal, hands-on, dan aktiviti fizikal yang menghasilkan tangible results, it means that you are a realistic people.
- Contoh pekerjaan: Juruukur, pegawai perhutanan, tukang paip, guru kemahiran hidup, tukang kayu, mekanik, jurutera, juruteknik kapal terbang, Ahli ilmu perkebunan, Operator mesin.
01
REALISTIK
02
INVESTIGATIF
​
- Invividu yang bercirikan investigative mempunyai kecenderungan kepada aktiviti yang memerlukan pencerapan, simbolik, dan penyelidikan fizik, biology, serta fenomena budaya bagi mendapatkan kefahaman dan pengawalan fenomena tersebut. Someone analytic ,mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam, sangat berhati-hati, dan berdikari. Orang macam ni sebenarnya dikatakan sangat pemalu dan mempunyai kecenderungan untuk mengelakkan hubungan dengan orang lain, memandang tinggi ilmu sains, teknologi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Orang yang berpersonaliti Investigative ni usually mereka yang sukakan sains, matematik, dan bidang penyelidikan yang memerlukakan critical thinking. Sebelum menerima apa-apa pendapat dan maklumat, dia cenderung untuk menyelidik dahulu untuk mendapatkan kepastian. So, investigative people sangat berkait rapat dengan personaliti realistik since kedua-duanya ada kaitan. Boleh jadi kalau korang dah amik ujian personaliti, probabilities untuk skor personaliti Investigative akan directly proportional dengan Realistic tu ada.
​
- Contoh pekerjaan: Ahli kimia, Ahli fizik, Scientist, Researcher, ahli kaji cuaca, pembantu makmal, Psiakiatri, Editor, ahli ekonomi, juruteknik perubatan, Psychologist, Doktor perubatan, Doktor Gigi, ahli agronomi, Ahli Kajibinatang,Antropologis .
​
- Gemar dengan aktiviti yang tidak sistematik seperti berkarya, sesuatu yang samar-samar, bebas serta memerlukan manipulasi fizikal, lisan atau berbentuk insan bagi menjelmakan bentuk seni atau produk seperti muzik. Ia menolak aktiviti-aktiviti teratur, sisitematik dan jelas, serta sensitif dan emosional. Adakah korang dapat rasa bahawa personaliti artistik ada kaitan dengan diri korang? Jenis yang mudah touching, tak suka benda yang rigid, suka explore benda-benda baru yang korang rasa seronok. Paling penting, spesis macam aku yang tak suka manipulasi data ni. Haaaaa...Korang mungkin juga gemar dan berkebolehan dalam bidang kesenian dan kreatif, macam contoh buat lirik lagu ker, buat kraf tangan, melukis, amik gambar. And korang mungkin berminat dalam aktiviti yang dapat menghiburkan diri sendiri dan orang lain,pandai buat lawak jenaka atau berlakon. Jangan risau, minat korang yang cenderung ke arah bidang sastera, vokalis, isu kemanusiaan, bahasa dan penulisan tu sebenarnya ada kerjaya yang memerlukan individu berpersonaliti begini.
​
-Contoh pekerjaan: Pelukis, penulis skrip, pelakon, penulis lagu, pereka fesyen, pereka grafik, wartawan, arkitek, penyunting filem, designers, pemimpin okestra, pelukis perdagangan, Interior Designer
​
03
ARTISTIK
04
SOSIAL
- Sosial kat sini bukan bermaksud orang yang suka berjimba keluar malam clubbing tu sume taw. Haaa, jangan salah konsep! Sosial menurut Holland bermaksud korang jenis yang suka bekerja dengan orang, sukakan perhatian, kerja dalam perbincangan, dan sukakan tempat kerja yang ramai orang macam sekolah ke, hospital atau bank dan bukannya bekerja sorang-sorang dalam makmal. Let say if korang gemar menjalankan aktiviti yang ada hubungan dengan masyarakat like menghadiri majlis sosial macam kenduri atau formal event, membantu dan memahami masalah orang lain serta bertanggungjawab, bermakna korang ada personaliti Sosial yang sangat kuat. Orang sosial macam ni kalau disuruh kerja dalam makmal menghadap microscope siang malam tak jumpa orang, boleh menjejaskan mutu kerja sebab tak happy hari-hari bekerja dengan microscope yang emotionless. Why? Ini disebabkan orang social macam aku ni jugak kurang berminat dalam bidang mekanikal dan saintifik. Besides, social people mungkin sukakan kerja-kerja kebajikan, latihan, pemulihan, perkembangan maklumat, dan menolak aktiviti-aktiviti yang teratur dan sistematik yang melibatkan peralatan dan mesin. Like I said just now. Sebab apa seorang Engineer yang berpersonaliti sosial, even dah bekerja 10 tahun pun masih tak happy dengan environment dan budaya kerjanya? Fikir-fikirkan.
​
Contoh pekerjaan: Kaunselor, ahli sosiologi, guru, jururawat, pramugari, pegawai diplomat, ahli politik, pegawai perhubungan awam, pengarah agensi kebajikan.
-- Enterprising nih lebih ditujukan kepada mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan, pengurusan dan perniagaan. Sukakan aktiviti yang memerlukan memanipulasi orang lain bagi mencapai matlamat organisasinya sehingga dilihat sebagai orang yang suka mengaut keuntungan,dan mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan lancar.Ini antara descriptions yang boleh describe Enterprising people. Usually nak kenal orang tu ada E mudah jer, tengok debater atau penceramah. Pandaikan dia orang bercakap? Guna ayat kupu-kupu lebah tebuan bagai. Orang yang pandai bercakap macam ni usually mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bersikap mendesak, agresif dan suka bersaing serta suka bergaul dan gemarkan aktiviti ekonomi dan politik. Ciri yang lain ialah kurang kebolehan saintifik dan menolak aktiviti yang memerlukan pencerapan, sistematik, dan simbolik. It means, since korang pandai bercakap, you tend to somehow putar belitkan ayat atau lebih suka kaitkan satu point dengan point-point yang lain and bukan hanya terima satu perkara jer. Orang kampung nenek aku cakap, "lawyer buruk.". Pernah dengar? Hikhikhik. Enterprising people ni mudah jer nak kenal, sebab dia orang lebih menonjol terutama dalam bidang kepimpinan since masing-masing hebat apabila berbicara. Kebiasaannya ahli perniagaan yang pandai memujuk, ekstrovert dan pandai mempengaruhi orang lain ni bermakna sememangnya mereka berpersonaliti E. Paling penting dia orang tak suka kerja yang ditentukan dan diawasi tetapi lebih sukakan cabaran.
​
-Contoh pekerjaan: Manager, spekulator, ahli politik, eksekutif pemasaran, peguam, pegawai insurans, perunding, jurujual pasaran saham, Aktuaris, Pengarah publisiti, Eksekutif perniagaan, pengurus bank.
05
ENTERPRISING
06
KONVENSIONAL
- Conventional mengikut definisi kamus dwibahasa Longman bermaksud lazim atau mengikut kebiasaan. Secara logik akalnya, dia orang ni spesies yang sukakan pekerjaan yang terancang dan sistematik. Besides, this kinf of people sangat memandang tinggi aktiviti-aktiviti berperaturan dan mempunyai kawalan diri yang baik serta condong kepada perkara yang jelas, teratur, dan sistematik. Dia orang tak suka berimaginasi dan sebolehnya akan menghindarkan diri daripada situasi atau masalah yang melibatkan perhubungan interpersonal. So kalau orang macam ni cuba bekerja dalam bidang kerjaya yang bersifat Artistic, agak-agak dia happy tak bila disuruh mencipta sajak dan puisi yang lain daripada lain? Apa yang dia orang minat kebanyakkannya hanya pada aktiviti memanipulasi data dan menyimpan rekod dan sistem fail, serta berdisiplin dan dapat mengatur data bertulis dan bernombor dengan tersusun sahaja. Senang citer, orang macam ni akan bekerja jika menerima arahan dan dilihat sebagai bersifat bergantungan. Adakah korang individu bersifat sedemikian? Pekerjaan apa yang sesuai dengan personaliti korang agak-agak?
​
-Contoh pekerjaan: Kerani, akauntan, pustakawan, juruaudit, pegawai statistik, jurutaip, guru perdagangan, penyimpan kira-kira, operator komputer, kerani bank, pakar cukai, penilai harta.
